More
    Home Sarawak Samarahan Remaja dikhuatiri hilang semasa mencari siput ditemui lemas

    Remaja dikhuatiri hilang semasa mencari siput ditemui lemas

    KOTA SAMARAHAN, 16 DISEMBER 2020 (SNN) : Misteri kehilangan seorang remaja ketika mencari siput di Sungai Kampung Meranek pada 15 Disember 2020 terjawab selepas pihak bomba menemui mayat mangsa terapung di sungai berkenaan.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Mohammad Razid Hamran, 27 tahun, dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada hari kebiasaan mangsa keluar mencari siput di kawasan sungai terbabit.

    “Sejurus menerima laporan berhubung kejadian, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dan disambung semula pagi tadi.

    “Operasi SAR bermula sekitar 9.15 pagi tadi dan menjrmurus kepada penemuan mayat mangsa kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB),” katanya dalam satu kenyataan.

    Mayat mangsa dibawa menggunakan bot bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis

    Operasi SAR ditamatkan pada jam 11.35 pagi susulan penemuan terbabit dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...