Program Kasih Insani UNIMAS dan Masyarakat, Ceriakan Golongan Memerlukan

0
43
Alfred Jabu menyampaikan sumbangan sambil disaksikan Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS serta dif-dif jemputan yang lain.

Kuching, 23 Mei 2019 (SNN)– Seramai lebih 200 orang asnaf dan miskin bersama keluarga masing-masing dari empat buah kampung diraikan dalam satu Program Kasih Insani UNIMAS bersama masyarakat yang dianjurkan oleh Bahagian Endowmen dan Wakaf, Universiti Malaysia Sarawak bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Rekreasi, Pustaka Negeri Sarawak, kelmarin.

Golongan asnaf dan miskin yang dipilih adalah dari empat buah kampung di sekitar Petra Jaya iaitu Kampung Semariang Batu, Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar dan Kampung Siol Kandis telah dijemput hadir.

Melalui program ini, setiap keluarga diagihkan pakej makanan percuma dan bebas memilih pakaian-pakaian percuma, buku bacaan kanak-kanak, agihan bubur lambuk, duit raya kanak-kanak dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama. Di samping untuk berkongsi kegembiraan, majlis ini juga bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim yang baik di kalangan semua pihak yang terlibat.

Melalui program ini setiap keluarga yang terpilih akan bebas memilih buku bacaan kanak-kanak secara percuma.

Seramai 20 rakan filantropi UNIMAS telah menyumbangkan derma melalui Tabung Endowmen UNIMAS pada tahun lepas dan 5% daripada sumbangan mereka dimanfaatkan untuk menyediakan pakej makanan “Box of Love” kepada golongan miskin.

Antara penaja yang terlibat ialah UNIMAS Holdings Sdn Bhd, Bank Islam Malaysia Berhad, Sarawak Energy Berhad, UNIMAS Business School, Harwood Timber, Farley (KS) Sdn Bhd, Kebajikan Dayang Fatimah Berhad, NAIM Holdings Berhad, Qasturie Offshore Engineering, J&J Services Trading Sdn Bhd, STIDC, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Masnita, Klinik Pakar Pergigian Anmas, Trident Quantum Sdn Bhd, Klinik Faisal, Transnational Insurance Brokers (M) Sdn Bhd, Konica Minolta Business Solutions (M) Sdn Bhd dan YKL & Y Enterprise.

Manakala melalui kempen “Sekampit Beras Sejuta Bahagia”, Bahagian Endowmen dan Wakaf telah menerima derma hampir 300 kampit beras dan pelbagai makanan harian daripada staf, orang awam dan rakan industri termasuk Hong Leong Bank dan Kechara Soup Kitchen.

Pada tahun lepas Butik Kasih telah mengagihkan pakaian percuma kepada masyarakat sekitar Kota Samarahan. Maka tahun ini Butik Kasih berkongsi pula kegembiraan dengan masyarakat di sekitar Kuching melalui program Kasih Insani di Pustaka Negeri Sarawak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Pro-Canselor UNIMAS,  Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang serta dif-dif jemputan UNIMAS dan Pustaka Negeri.

Program Kasih Insani diakhiri dengan majlis berbuka puasa tajaan Pustaka Negeri Sarawak. Seramai lebih 250 orang tetamu hadir menjayakan majlis termasuk Yang Berbahagia Dr Rasidah Bolhassan, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo, wakil-wakil penaja, Timbalan-Timbalan Naib Canselor UNIMAS, para dekan, pengarah, serta pegawai-pegawai dari UNIMAS dan Pustaka Negeri Sarawak.

Melalui Program Kasih Insani ini juga, setiap keluarga yang terpilih akan bebas memilih pakaian-pakaian- secara percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here