More
    Home Sarawak Sarikei PKPD: 118 isi rumah terima bantuan bakul makanan daripada kerajaan negeri.

    PKPD: 118 isi rumah terima bantuan bakul makanan daripada kerajaan negeri.

    MERADONG, 23 FEBRUARI 2021 (SNN) : Berikutan peningkatan kes positif covid-19 di kawasan perumahan Rumah Panjang William Settaun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu sehingga 5 Mac depan bagi kawasan berkenaan.

    Prihatin terhadap sekatan aktiviti seharian serta kekangan untuk mendapatkan bekalan makanan harian JPBN Sarawak melalui Pejabat Daerah Meradong dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada 118 ketua isi rumah (KIR) bagi memastikan penduduk di kawasan rumah panjang terbabit tidak terputus bekalan makanan sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD.

    Majlis ringkas penyerahan sumbangan bakul makanan itu di sempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada Isnin dan penerimaan serahan bantuan diserahkan kepada tuai rumah sebelum diagihkan kepada setiap isi rumah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

    Datuk Ding menasihatkan dalam ucapan ringkas beliau agar penduduk di rumah panjang William Settaun memberi kerjasama kepada pihak barisan hadapan serta mematuhi SOP dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

    Ujarnya, dari pihak kami mengucapkan terima kasih atas pengorbanan para barisan hadapan yang bekorban memastikan masyarakat selamat daripada segala kemungkinan yang boleh terjadi sepanjang melawan pandemik Covid-19 ini dan juga memberi khidmat 24 jam menjaga kawasan PKPD khususnya di rumah panjang William Settaun.

    Turut hadir sama dalam majlis penyerahan bantuan adalah Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin, KPD Daerah Meradong DSP Sekam Anoi, Pegawai Rela Daerah Meradong Sawanluddin, Pegawai Kebajikan Daerah Meradong Sawan Madil dan Tuai Rumah William Settaun.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...