More
    Home PKPB seluruh bahagian di Sarawak kecuali Sibu berkuatkuasa esok-JPBN

    PKPB seluruh bahagian di Sarawak kecuali Sibu berkuatkuasa esok-JPBN

    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Bermula esok seluruh bahagian di negeri Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) kecuali Sibu yang masih kekal PKP berkuatkuasa mulai esok 18 Januari 2021 berikutan trend peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas dalam sidang media petang semalam menjelaskan, pelaksanaan PKPB itu berkuatkuasa selama 14 hari bermula 18 Januari 2021 jam 12.01 pagi hingga 31 Januari 2021 jam 11.59 malam.

    “Keputusan yang dibuat oleh JPBN itu tertakluk kepada semua bahagian di Sarawak kecuali Bahagian Sibu yang kekal PKP.

    “Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan pelaksanaan PKPB ini akan diumumkan petang ini pada jam 5 petang,” katanya dalam sidang media itu.

    Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan agar Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat mengambil peranan dalam memantau keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan penduduk kampung masing-masing.

    Ujarnya, sekiranya ada diantara mereka yang didapati menunjukkan simptom atau gejala jangkitan Covid-19, diminta untuk segera melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Bahagian atau klinik yang berdekatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...