More
    Home Sarawak Samarahan Pusat Khidmat DUN Sebuyau hulur bantuan kepada mangsa terjejas banjir di Kg...

    Pusat Khidmat DUN Sebuyau hulur bantuan kepada mangsa terjejas banjir di Kg Seruyuk

    SEBUYAU, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Wakil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi melalui Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau serah bantuan kepada mangsa terjejas akibat banjir di Kampung Seruyuk disini hari ini.

    Amirul Hamzah Jemat yang mewakili ADUN Sebuyau itu menyerahkan sumbangan berupa keperluan harian makanan asas kepada mangsa di perkarangan RTC Kampung Seruyuk.

    Selesai sesi menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir, beliau serta rombongan yang lain berkesempatan melawat beberapa rumah mangsa yang terjejas akibat banjir sejak beberapa hari yang lalu.

    Dalam pada itu, beliau juga menasihati agar penduduk yang tinggal di kawasan terjejas dengan banjir sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca dan air yang naik disamping sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...