More
    Home Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    BAU, 16 JANUARI 2021 (SNN) : Daerah Bau antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak hujan turun tidak berhenti pada Rabu lalu sehingga menyebabkan beberapa kawasan terputus bekalan dan tanah runtuh.

    Menurut AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep, setakat Jumaat lalu seramai 865 mangsa terjejas teruk akibat banjir dan kebanyakan jalan utama menuju ke Kuching telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

    Beliau yang ditemui ketika melakukan lawatan ke kawasan Kampung Grogo pada Jumaat berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan kepada mangsa secepat mungkin serta menyegerakan pembaikan keroskan supaya penduduk dikawasan berkenaan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

    Tambah beliau, kemudahan utiliti yang terputus di kawasan Kampung Serikin serta kbeberapa kawasan di Grogo akan diperbaiki dalam masa yang terdekat kerana kebergantungan terhadap bekalan asas itu amat penting bagi setiap penduduk.

    Ujarnya, kerosakan akibat musibah banjir kali ini telah menjejaskan usaha menjadikan Daerah Bau sebagai ‘Greater Bau’ dan pihaknya melalui Pebajat Daerah Bau akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menyenaraikan projek yang amat perlu dalam Rancangan Malaysia ke-12.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...