PKP : Penduduk DUN Kabong Terima Agihan Bantuan Prihatin Fasa 2

0
932
Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elfy Amir menyerahkan sumbangan makanan asas iaitu Bantuan Prihatin bagi Fasa 2 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), DUN N.40 Kabong

KABONG, 4 April 2020 (SNN) :  Bantuan keperluan makanan iaitu Bantuan Prihatin bagi Fasa 2 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula disalurkan kepada penduduk Kabong mulai semalam.

Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elfy Amir dalam kenyataannya memberitahu seramai 300 penerima di 25 kampung termasuk penerima masyarakat Cina di Roban dan Metang Desa menerima agihan Bantuan Prihatin Fasa 2 semasa PKP COVID-19 ini bagi kawasan DUN N.40 Kabong. Golongan penerima terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai keupayaan fizikal, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang hilang punca pendapatan.

Pengagihan bantuan makanan asas ini sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Kabong, Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir. Saluran bantuan adalah kerjasama melalui Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong serta jentera PBB N.40 Kabong yang diserahkan melalui ketua kampung /kaum masing-masing.

Nur Elfy menambah bantuan itu merupakan bantuan fasa kedua dan bantuan seterusnya akan menyusul pada minggu depan. Dalam minggu hadapan sebanyak 4094 ketua isi rumah akan menerima bantuan yang melibatkan 25 buah kampung dan 54 buah rumah panjang di sekitar DUN N40 Kabong. Justeru beliau memohon rakyat bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan maklumat yang tidak  tepat berhubung agihan bantuan tersebut.

Beliau berharap, bantuan diberikan sedikit sebanyak akan membantu penduduk di kawasan DUN Kabong ketika menjalani PKP. Beliau juga berharap dan  menasihati penduduk agar tidak bersesak-sesak ketika menerima bantuan tersebut.

“Ia akan diagihkan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik melalui Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong. Justeru perlu diingatkan dalam pemberian bantuan, PKP adalah perlu dipatuhi,” jelasnya.

Agihan Bantuan Prihatin Fasa 2 DUN N.40 Kabong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here