More
    Home PKP Fasa Kedua, Sarawak Kekal Waktu Operasi 7 pagi hingga 7 malam

    PKP Fasa Kedua, Sarawak Kekal Waktu Operasi 7 pagi hingga 7 malam

    KUCHING, 31 Mac 2020 (SNN) : Sarawak akan mengekalkan waktu operasi perniagaan bermula dari 7 pagi hingga 7 malam bagi perniagaan tertentu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, dan bukannya jam 8 pagi hingga 8 malam seperti yang dikuatkuasakan di seluruh negara mulai esok.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Hui Kian berkata apa jua arahan atau perintah baharu, objektifnya tetap sama iaitu untuk membendung penularan wabak COVID-19.

    “Kita mahu orang ramai berada di rumah untuk menghentikan penyebaran jangkitan COVID-19. Ini yang lebih penting. Kita dapat lihat masih banyak kenderaan di atas jalan raya ketika ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Sarawak telah menguatkuasakan peraturan yang menghendaki orang awam kekal di dalam rumah dari 7 malam hingga 7 pagi semasa tempoh pelaksanaan PKP. Perniagaan yang boleh beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam adalah pasar raya, restoran (hanya untuk pesanan makanan dibawa pulang sahaja), kedai serbaneka dan stesen minyak.

    PKP yang memasuki fasa kedua bermula esok, menjadi tempoh kritikal buat rakyat Malaysia dalam menentukan usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19  berjaya ataupun sebaliknya. 

    Keberkesanannya, sudah pasti antara lain bergantung kepada tahap disiplin tinggi rakyat untuk mematuhi PKP dalam usaha membendung gelombang pandemik itu yang kini menyaksikan rakyat terus ‘dirayu’ untuk duduk di rumah, kerap membasuh tangan serta mengamalkan jarakan sosial yang ditetapkan. 

    Walaupun tahap pematuhan rakyat terhadap PKP melebihi 90 peratus, angka itu mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar secara keseluruhannya apabila masih terdapat individu ditahan kerana ingkar arahan tersebut dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah. 

    Dalam tempoh dua minggu pelaksanaan PKP fasa pertama sejak 18 Mac, trend jumlah kes positif baharu harian didapati meningkat dan kadang kala mendatar, sementara jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari.

    Namun, melihat kepada bilangan kes positif yang masih tinggi ini menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) pada fasa kedua pelaksanaan PKP itu sehingga 14 April ini, terutamanya terhadap sekatan ke atas kawalan masa dan pergerakan. 

    Sementara itu, Dr Sim berkata Sarawak sedang meneliti untuk menambah bilangan pusat kuarantin di Kuching bagi penempatan pesakit di bawah siasatan (PUI).

    “Institut Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Aminuddin Baki dan Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, dicadangkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai tambahan, kami juga melihat kepada Akademi Kastam dan Eksais Diraja,” katanya.

    Dr Sim juga mendedahkan bahawa kerajaan negeri akan mendapatkan khidmat pakar perubatan China daripada kerajaan di Wilayah Fujian untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang teknikal dalam menangani wabak COVID-19.

    Sehingga kini, Sarawak melaporkan satu kematian baharu COVID-19, menjadikan keseluruhan lapan kematian sejak kes positif pertama virus itu dilaporkan pada 13 Mac di negeri itu. Sarawak juga merekodkan 21 kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 135. 

    Sumber : Awani, Bernama

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...