PITAS UNIMAS Agih Daging Korban Kepada 30 Keluarga Asnaf

0
47
Kerjasama pelajar dan staf UNIMAS melapah lembu untuk diagihkan pada majlis sembelihan daging korban Aidiladha anjuran Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Malaysia Sarawak, pagi tadi.

KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos 2019 (SNN)- Sebanyak 30 buah keluarga telah menerima agihan daging korban sempena dengan majlis sembelihan daging korban Aidiladha anjuran Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Malaysia Sarawak, pagi tadi.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi hadir menyempurnakan penyerahan daging korban kepada golongan asnaf terpilih di PITAS kira-kira jam 12 tengahari.

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh kakitangan UNIMAS dalam menjayakan majlis sembelihan daging korban Aidiladha tersebut yang mana menurutnya kerjasama itu boleh menjadi resepi kekal kepada perpaduan yang kukuh dalam kalangan warga Universiti.

“Apa yang kita pelajari dari majlis sebegini bukan sahaja tentang mengukuhkan silaturahim sesama warga UNIMAS tetapi menyemai kebertanggungjawaban kita kepada masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya lagi.

Naib Canselor turut berharap majlis seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak lagi penyertaan dan kerjasama dari warga Universiti ini.

“Kerjasama dan perpaduan yang kita tonjolkan menjadikan aktiviti korban dapat dijalankan dengan mudah dan cepat. Saya berharap ia boleh memberi keyakinan kepada pihak lain untuk membuat aktiviti serupa pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, dua ekor lembu telah dikorbankan dan daging lembu telah diserahkan kepada keluarga asnaf terpilih dari tiga buah kampung iaitu dari Kampung Binyu, Kampung Tanjung Bako dan Kampung Tanah Putih yang diwakili oleh Penghulu dan Ketua Kampung dari kampung masing-masing.

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi (dua dari kanan) menyerahkan daging korban kepada salah seorang wakil golongan asnaf terpilih di PITA
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here