More
    Home Sarawak Samarahan Pesta Simunjan 2019 Mengangkat Simunjan Sebagai Destinasi Pelancongan Domestik

    Pesta Simunjan 2019 Mengangkat Simunjan Sebagai Destinasi Pelancongan Domestik

    Kota Samarahan, 08 April 2019 (SNN) – Pesta Simunjan 2019  diyakini mampu menjadi platform untuk mengangkat Simunjan sebagai destinasi pelancongan domestik. Dalam masa yang sama pnganjuran pesta sebegini dapat mempromosikan kepelbagaian keunikan warisan masyarakat setempat di mata pelancong domestik dan antarabangsa.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, YB Awla Dris berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Simunjan 2019, bertempat di Pejabat Residen Samarahan hari ini.

    Menurutnya, pesta yang berlangsung pada 6 hingga 8 September depan turut berupaya menjadi wadah untuk mewujudkan interaksi positif antara masyarakat pelbagai kaum di Simunjan. Ini sekaligus menjurus kepada pembentukan perpaduan dan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    “Antara lain, pesta ini secara langsung mewujudkan peluang perniagaan selain menonjolkan kepelbagaian produk hasil tani daerah Simunjan khasnya buah-buahan tempatan,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Awla memberitahu, beliau berharap Pesta Simunjan 2019 akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak dalam usaha mengangkat martabat pesta tersebut dalam tempoh tiga tahun.

    Pesta Simunjan 2019 akan berlangsung pada 6 hingga 8 September 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...