More
    Home Lain-lain Penubuhan Gabungan Parti Sarawak

    Penubuhan Gabungan Parti Sarawak

    Back

    2. Walaupun GPS adalah ganti kepada Barisan Nasional (BN) tetapi tak sama, kerana matlamatnya berbeza. Kita berlainan dengan BN kerana kita berkecuali – Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg

    Kuching, 13 Jun (SNN) – Semalam (12 Jun) Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg, telah mengistiharkan keputusan Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Progressive Democratic Party (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) untuk keluar daripada komponen Parti Barisan Nasional Sarawak.

    Keputusan setelah 45 tahun berada dalam Barisan Nasional mendatangkan banyak reaksi daripada pihak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

    Pengumumkan berkenaan dilakukan di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Jalan Bako, Petra Jaya.

    Mengulas keputusan tersebut, Abang Jo berkata, “Kami yakin bahawa inilah keputusan paling pragmatik dan tepat untuk membawa Sarawak ke era baharu yang diingini oleh rakyat Sarawak”. Keputusan berkenaan tambahnya adalah demi untuk kepentingan dan hak-hak negeri Sarawak berdasarkan Perlembagaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

    Jelas beliau lagi, “Kami percaya inilah masa yang tepat untuk kerajaan Negeri Sarawak menerima perubahan platform politik baharu, maju ke hadapan untuk menghadapi cabaran selain selari dengan perubahan aspirasi, kehendak dan keperluan seluruh rakyat Sarawak. Sarawak adalah sebuah negeri yang pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama dalam keunikanya tersendiri”.

    Abang Johari memberi jaminan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melindungi kepentingan rakyat Sarawak. Untuk itu, beliau menyatakan, “Kita akan berkerjasama dan berkolaborasi dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan nasional, kepentingan negeri berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)”.

    “Aspek ini adalah kebangaan dan juga kegembiraan kami sebagai rakyat Sarawak. Tambahan, keputusan ini dibuat demi kepentingan rakyat dan negeri atas seluruhnya”.

    Ketika ditanya berkenaan status kemasukan United People’s Party (UPP) ke dalam Gabungan Parti Sarawak, beliau berkata, “Perkara berikut akan kita bincangkan kemudian, buat masa ini kita perlu beri tumpuan kepada penyeragaman parti (GPS).

    Semasa Pilihan raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan mengemukakan menifesto untuk memberikan 50% hasil cukai Sarawak dan 20% royalti minyak kepada Sarawak sekiranya berhasil menawan Putrajaya. Turut dijanjikan adalah autonomi dalam pendidikan, kesihatan dan fiskal.

    Back
    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...