More
    Home Penjawat Awam Sarawak Terima Bonus Dua Bulan Gaji

    Penjawat Awam Sarawak Terima Bonus Dua Bulan Gaji

    KUCHING, 13 November 2019 (SNN): Semua penjawat awam negeri Sarawak akan menerima bonus dua bulan gaji atau minimum RM2,000, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan dan perancangan Ekonomi negeri berkata, bayaran bonus itu akan dibuat hujung bulan Disember.

    “Kerajaan negeri Sarawak mengiktiraf sokongan serta sumbangan oleh semua penjawat awam negeri di bawah kepimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar kita, program serta projek-projek pembangunan dan juga perkhidmatan awam kepada rakyat.

    “Sukacita saya nyatakan di sini bahawa perkhidmatan awam Sarawak amat penting dalam memastikan bahawa projek-projek pembangunan dilaksanakan mengikut tempoh masa yang tepat,” katanya semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

    Abang Johari berkata perkhidmatan awam Sarawak boleh dianggap sebagai antara yang terbaik dalam negara. – BERNAMA

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...