More
    Home Penipuan Pekerjaan di Sarawak Meningkat

    Penipuan Pekerjaan di Sarawak Meningkat

    KUCHING, 08 Mei 2019 (SNN)-  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata senario penipuan pekerjaan di Sarawak menunjukkan peningkatan dengan 35 kes telah disiasat setakat 6 Mei 2019 melibatkan kerugian RM51,000. Siasatan melibatkan 24 orang lelaki dan 11 orang wanita. Beliau berkata  lima lagi kertas siasatan berhubung kes penipuan pekerjaan di Kemboja dijangka siap dalam tempoh terdekat ini.

    Beliau berkata setakat ini dua individu telah dituduh di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu dan salah seorang daripadanya merupakan antara 40 mangsa dari Sarawak yang ditahan di penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja.Manakala seorang lagi katanya, bukan dalam kalangan mangsa tetapi pernah bersama mereka.

    “Untuk perkembangan terkini kes ini, ingin saya maklumkan bahawa polis mempunyai lima lagi kertas siasatan yang dijangka disiapkan dalam tempoh terdekat ini. Sekiranya kita mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk pertuduhan, kita akan mencadangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk menjalankan pertuduhan ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabat menteri berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

    Pada tahun lepas (2018) katanya, polis Sarawak telah menyiasat 38 kes penipuan pekerjaan berbanding 30 kes pada 2017.“Tahun ini juga menunjukkan tangkapan teramai melibatkan kes penipuan pekerjaan iaitu 16 orang dan kita percaya tangkapan ini akan diteruskan. Sarawak ketika ini di kedudukan kelapan tertinggi dalam jenayah komersil,” katanya.

    Justeru beliau menasihati rakyat negeri ini agar lebih berhati-hati apabila menerima tawaran pekerjaan terutama menggunakan media sosial. Beliau berkata rakyat Sarawak khususnya golongan belia dan lepasan sekolah, harus tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam media sosial khususnya melibatkan data-data peribadi. “Maklumat yang kita terima selama ini, sememangnya penipuan ‘Macau Scam’ dan telefon scam masih berterusan dan mencari ‘rekrut’ mereka.

    “Dan kita akan terus mengambil tindakan tegas terhadap suspek dan kita akan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada antaranya Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Pengubahan Wang Haram,” katanya.

    Sementara itu, Fatimah berkata maklumat penipuan pekerjaan, ‘Macau Scam’ dan sebagainya harus disebar luas kepada masyarakat umum dalam usaha meningkatkan kesedaran serta mengelak lebih ramai lagi rakyat negeri ini menjadi mangsa.“Nasihat kita lebih kepada kumpulan yang berisiko tinggi, seperti lepasan sekolah yang mencari pekerjaan. Mereka harus berwaspada apabila ada pihak yang menawarkan gaji lumayan tetapi kerja senang.

    “Penjenayah mempunyai cara tersendiri untuk meyakinkan, bermain dengan perasaan mangsa,” katanya sambil menambah individu yang berdepan situasi seperti itu, termasuk diugut harus segera memaklumkan kepada polis,” tegas beliau.

    Sidang media bersama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabat menteri berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuching

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...