Penduduk N.27 Sebuyau Bertuah Mendapat Geran Bernilai RM268,000

0
1057
Julaihi menyampaikan cek kepada seorang penerima geran

SEBUYAU, SAMARAHAN (SNN) – Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus membantu badan dan jawatankuasa sukarela di luar bandar. Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi bin Narawi, Menteri Muda Jalan Pesisir dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Sebuyau berkata penduduk luar bandar hendaklah terus memberikan sokongan kuat kepada GPS untuk kekal berkuasa di negeri Sarawak.

Julaihi berkata demikian di Majlis Penyampaian Cek Geran MRP bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau pada 11 Oktober 2018.  Sebanyak 25 buah pertubuhan dan jawatankuasa di daerah itu telah menerima cek bernilai RM268,000 untuk menganjurkan kegiatan mereka. Turut hadir menyaksikan majlis itu adalah Wakil Residen Bahagian Samarahan, Hj Hamsen Hj Atar, Pegawai Tadbir Simunjan Puan Zainab Alif dan Pegawai Tadbir Sebuyau Ajis Ahmad.

Beliau juga menjelaskan “Geran yang seumpama ini membuktikan Kerajaan GPS Sarawak pimpinan YAB Ketua Menteri masih mempunyai sumber kewangan yang kukuh yang telah diurus dan ditadbir dengan baik sejak sekian lama.  Kekuatan dan pengurusan yang baik sebegini perlu kita Sarawak pertahankan bersama.” Justeru itu penduduk di ADUN N.27 jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis pihak dari luar Sarawak yang ingin mencari pengaruh di Sarawak pada masa ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here