More
    Home Lain-lain Janji Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Tinggal Janji Setakat Ini

    Janji Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Tinggal Janji Setakat Ini

    JOHOR BAHRU – Kerajaan baharu Malaysia pada hari ini perlu mengkaji semula kenaikkan gaji penjawat awam berkenaan dengan isu kedudukan kewangan negara. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail telah mengeluarkan penyataan bahawa pihak kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula untuk menaikkan gaji penjawat awam dan perlu mengambil kira kestabilan kedudukan semasa negara. Hal ini bermaksud kenaikkan gaji penjawat awam masih belum pasti sama ada ia akan dilaksanakan atau sebaliknya.

    Dr Isamil telah menyentuh perkara itu di dalam sebuah ucapannya ketika Program Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat-Penjawat Awam Negeri Johor yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA). Beliau mengemukakan pendapat bahawa keputusan ini harus dilakukan secara teliti dan perlu merujuk semula kepada pihak yang lebih arif untuk menentukan keputusannya.

    “Tidak boleh nak komen, tetapi memandangkan kedudukan kewangan kerajaan dengan beban hutang tinggi, kita rasa perkara ini (kajian semula perlu dilaksanakan,” katanya. Selain itu, sesetengah jabatan yang wujud juga pada masa kini juga menghadapi pertindihan fungsi yang sama.

    Menurutnya, kajian ini adalah merupakan fasa pertama dan akan menyusul dengan fasa kedua setelah penyusunan ini selesai dengan lancar di peringkat fasa pertama. Manakala fasa kedua pula ialah pihak kerajaan akan cuba meneliti semula pertindihan fungsi jabatan-jabatan yang ada.

    Di samping it, program-program yang telah dilaksanakan juga turut akan dikaji semula sama ada ia dikekalkan mahu pun tidak. Tegasnya lagi, “jangan takut membatalkan sebab sudah seronok dengan program itu, ia umpama program mencurah air ke daun keladi tetapi tidak memberi kesan.”

    Program bicara ini telah dihadiri seramai 1,500 orang yang terdiri daripada penjawat awam negeri dan pesekutuan, badan berkanun negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Oleh: Akmal Azlan

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Datuk Julaihi Narawi terima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama

    0
    KUCHING, 28 FEBRUARI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer BioNTech...