More
    Home Pembukaan semula sekolah tertakluk kepada takwim institusi di kawasan masing-masing.-Menteri Kanan Pendidikan

    Pembukaan semula sekolah tertakluk kepada takwim institusi di kawasan masing-masing.-Menteri Kanan Pendidikan

    KUCHING, 13 JANUARI 2021 (SNN) :Permulaan sesi persekolahan secara bersemuka bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah tertakluk kepada takwim institusi masing-masing.

    Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin semasa dalam sidang media Perincian SOP Pembukaan Sekolah di Kuala Lumpur berkata, pengoperasian semula sekolah-sekolah di kawasan PKPB dan PKPP bermula pada 20 Januari 2021 ini.

    “Bagi negeri PKPB dan PKPP terdiri daripada Pra Sekolah sehingga Tahun Enam Rendah akan hadir ke sekolah. Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 juga akan bersekolah secara bersemuka.

    “Maksudnya, sesi persekolahan ini akan dilaksanakan secara fizikal yang akan melibatkan kehadiran semua pelajar terlibat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat,” kata kenyataan itu.

    Jelas beliau, bagi Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 di kawasan PKPB dan PKPP akan dilakukan Pembelajaran dan Pengajaran secara Maya iaitu di rumah sehingga 8 Mac 2021.

    Pelajar yang menduduki peperiksaan awam sahaja yang wajib hadir ke sekolah bagi kawasan PKP

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...