More
    Home Mangsa banjir di kawasan Kampung Seberang Hilir dpindahkan ke PPS ekoran kediaman...

    Mangsa banjir di kawasan Kampung Seberang Hilir dpindahkan ke PPS ekoran kediaman dimasuki air

    KUCHING, 13 JANUARI 2021 (SNN) : Ekoran hujan lebat tidak berhenti sejak 11 Januari lalu beberapa kawasan di Kuching mula dinaiki air dan penduduk terjejar diarah untuk berpindah.

    Difahamkan seramai 27 mangsa dari lima keluarga di Kampung Seberang Hilir, Kuching terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

    Antara Kampung yang terjejas adalah Kampung Pulo Hilir, Kampung Pulo Ulu, Kampung Semarang dan Kampung Bintawa Hilir. Kesemua mangsa yang dpindahkan ditempatkan di Dewan Masyarakat Kampung Bintawa Hilir sementara menunggu keadaan air mula surut ke paras normal.

    Sejak semalam hujan tidak berhenti ditambah dengan fenomena air pasang besar sehingga menyebabkan rumah penduduk yang rendah mula dinaiki air dan dijangka perkara ini berlanjutan sehingga esok hari.

    Penduduk di kawasan sekitar disarankan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan air dan bersiap siaga untuk berpindah sekiranya keadaan semakin buruk.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...