More
    Home Dunia Datu Amar Awang Tengah terima kunjungan hormat Consul General Negara Brunei Darusalam

    Datu Amar Awang Tengah terima kunjungan hormat Consul General Negara Brunei Darusalam

    KUCHING,12 JANUARI 2021 (SNN) – Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menerima kunjungan hormat Consul General, Negara Brunei Darussalam yang baharu ke Sarawak pagi tadi. Consul General yang baharu ini ialah Puan Noni Zurainah Haji Ismi telah diiringi oleh Consul, En. Mohammad Hj. Kamaludin dan Vice Consul, En.Thomas anak Ling.

    YB Datuk Amar Awang Tengah, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber telah meluangkan masa hampir selama sejam.  Beliau telah menjelaskan hubungan yang istimewa antara Sarawak dengan Negara Brunei Darussalam.  Hubungan ini bukan saja melibatkan antara kerajaan dengan kerajaan tetapi juga hubungan akrab antara rakyat dengan rakyat, khususnya penduduk di Daerah Lawas, Daerah Limbang dan Daerah Miri yang diikat dengan tali keluarga.

    Dari kanan: Noni Zurainah, Mohammad dan Thomas

    Puan Noni Zurainah berkata sebelum ini beliau bertugas di Kementerian Luar Negara.  Beliau telah tiba di Kuching, Sarawak pada bulan Oktober 2020 untuk menggantikan Pengiran Hajah Kartini binti Pengiran Haji Mohd. Tahir yang kini merupakan Duta Negara Brunei Darussalam ke Germany.

    Turut hadir bersama Datuk Amar Awang Tengah ialah Datu Liaw Soo Eng, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Datuk Awang Bujang bin Atek, Setiausaha Eksekutif PBB dan Hashim bin Bojet, Pengerus Besar PUSAKA.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...