Pembukaan semula sekolah di beberapa kawasan di Sarawak ditangguh sehingga 3 Ogos 2020

0
97
Gambar: Douglas dalam sidang media petang tadi mengummkan penangguhan pembukaan semula sekolah.-Ukas

KUCHING, 14 JULAI 2020 (SNN): Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada hari ini memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 138 sekolah rendah dan menengah di tiga daerah iaitu Kuching, Kota Samarahan dan Padawan sehingga 3 Ogos 2020 depan.

Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas dalam sidang media hari ini memaklumkan penangguhan itu melibatkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 dan 4, Tingkatan 6 Rendah dan sekolah rendah melibatkan Tahun 5 dan 6 yang dijadual bermula pada 15 Julai ini dan sekolah rendah bagi Tahun 1, 2, 3, dan 4.

“Sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti adalah sebanyak 138 buah sekolah melibatkan 87 buah di daerah Kuching, 48 buah di daerah Padawan dan 3 buah di Kota Samarahan. Manakala bagi kelas Prasekolah, tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas diteruskan seperti biasa,” ujarnya lagi.

“Bagi sekolah-sekolah kawasan zon hijau yang luar dari daerah Kuching, Padawan dan Samarahan, jadual pembukaan sekolah adalah seperti yang ditetapkan iaitu pada 15 Julai 2020,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Datuk Amar Douglas mengumumkan penangguhan itu selepas mendengar nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak).-Sumber Ukas.Nizal.

Kenyataan sidang media harian JPBN Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here