More
    Home Sarawak Mukah Pembinaan jalan Lebrasau-Klid, Dalat bakal ubah landskap sosioekonomi penduduk

    Pembinaan jalan Lebrasau-Klid, Dalat bakal ubah landskap sosioekonomi penduduk

    MUKAH, 15 JULAI 2020 (SNN): Pembinaan jalan Lebrasau/Kampung Klid, Dalat bakal merubah imej dan landskap sosioekonomi penduduk sekitar apabila siapnya projek itu kelak.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, siapnya jalan raya tersebut nanti membolehkan kampung Klid dan sekitarnya dilengkapi dengan bekalan elektrik sekaligus akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.

    “Bila ada jalan raya nanti, kampung Klid juga dapat disambungkan dengan bekalan elektrik. Sekarang ini kampung tersebut dan SK Kampung Klid masih bergantung kepada generator set bagi mendapatkan bekalan elektrik dan ianya sangat mahal bagi penduduk kampung,” katanya selepas hadir Majlis Penyerahan Cek Pampasan Projek Membina Jalan Lebrasau/Kampung Klid, Dalat semalam.

    Gambar: Fatimah(tengah) menyerahkan cek pampasan kepada penduduk kampung.Sumber ukas.

    Tambahnya, Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak berharap agar agensi pelaksana memantau projek itu secara konsisten sehingga ianya siap.

    Pembinaan jalan baharu sepanjang 11.5 kilometer itu bakal memanfaatkan sekitar 2,000 orang penduduk di sekitar kampung Medong, Lebrasau dan Klid, Dalat apabila siapnya projek itu kelak.-Sumber Ukas.Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...