More
    Home Sarawak Limbang Pembinaan Hospital Lawas dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2023

    Pembinaan Hospital Lawas dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2023

    LAWAS, 27 NOVEMBER 2020 (sNN) : Projek pembinaan baharu Hospital Lawas yang giat dalam kerja-kerja pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Disember 2023.

    Menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Mohd Shahbuddin Omar, pembinaan Hospital Lawas diharapkan dapat disiapkan mengikut jadual ekoran keperluan hospital yang sedia ada perlu diganti baharu kerana kelihatan uzur dan kapasiti yang terhad.

    “Siapnya projek ini kelak dapat memenuhi keperluan penduduk di kawasan Limbang dan Lawas untuk mendapatkan rawatan perubatan yang lebih selesa dan lengkap.

    “Pembinaan Hospital Lawas tergendalah akibat pertukaran Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018 dan kini telahpun memasuki Fasa Kedua pembinaannya yang mengambil masa selama 42 bulan untuk siap sepenuhnya mengikut jadual,” katanya semasa menyampaikan ucapan selepas mendengar taklimat berkenaan projek Hospital Lawas di sini, hari ini.

    Datuk Mohd Shahbuddin mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil syarikat pelaksana projek

    Dalam masa yang sama, beliau turut sempat melawat ke tapak projek Klinik Lawas baharu yang dijangka akan siap sepenuhnya pada 16 September 2022.

    Turut hadir sama mengiringi lawatan Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr. Norliza Jusoh, Pegawai Kesihatan Daerah Lawas Dr. Farida Nazahyia, Pengarah Hospital Lawas Dr. Ahmad Syahir, Pegawai Menguasa Klinik Kesihatan Lawas Dr. Nurul Nazifah, Ketua Sekyen Perhubungan koporat Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Mohd Iqbal Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pemantauan, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Shahrizal Azhar dan Pegawai Tabir Pejabat Daerah Lawas Aminul Fazrin.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...