More
    Home Sarawak Limbang Kekangan bahan bekalan tidak menjejaskan kerja-kerja pembinaan IPD Lawas

    Kekangan bahan bekalan tidak menjejaskan kerja-kerja pembinaan IPD Lawas

    LAWAS, 27 NOVEMBER 2020 (SNN) : Kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan binaan daripada pembekal akibat pandemik Covid-19 yang kembali melanda negara tidak menjejaskan proses pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas.

    Menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Mohd Shahbuddin Omar, pihak konsultan syarikat yang bertanggungjawab dalam projek berkenaan berkata pihak mereka mengahadapi kesukaran mendapatkan bekalan bahan binaan walaupun perjanjian telahpun dimeterai dengan pembekal.

    “Oleh hal demikian, pihak konraktor terpaksa menggunakan stok bahan binaan yang sedia ada untuk meneruskan kerja-kerja setakat yang ada sehingga bahan binaan yang sudah dipesan sebelum ini sampai,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak projek IPD Lawas baru-baru ini.

    Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, mengumumkan penjadualan semula kerja-kerja pembinaan IPD Lawas yang tersekat akibat penularan wabak covid-19 awal Mac lalu.

    Terdahulu Datuk Amar mengumumkan penjadualan semula projek berkenaan yang dijangka siap pada tahun 2022.

    Namun, akibat penularan gelombang kali kedua pandemik itu telah menjejaskan pembekal bahan binaan samada dari Sarawak atau Sabah kerana sekatan di setiap sempadan keluar masuk negeri telah dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...