Pemantapan Aktiviti Kesukarelawanan Melalui Karnival Sukarelawan Mahasiswa 2019

0
126
Seramai 150 orang sukarelawan mahasiswa telah menyertai program Karnival Sukarelawan Mahasiswa 2019 di UNIMAS baru-baru ini.

KOTA SAMARAHAN, 1 Disember 2019 (SNN): Seramai 150 orang sukarelawan mahasiswa telah menyertai program Karnival Sukarelawan Mahasiswa 2019 anjuran Kelab Sukarelawan Mahasiswa UNIMAS (SMU) dan Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program dua hari yang bermula pada 30 November hingga 1 Disember 2019 ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar UNIMAS, Badan Beruniform Kor Sispa serta wakil-wakil persatuan sukarelawan dari Universiti Awam di Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS merangkap Pengerusi Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM).

Beliau dalam ucapan perasmian berharap agar program seperti ini dapat menanam nilai-nilai murni di kalangan peserta dalam melahirkan pelajar yang holistik serta menerapkan sifat ehsan dalam diri pelajar dalam berdampingan dengan masyarakat sekeliling.

Sesi ceramah dan perkongsian ilmu dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak
Para sukarelawan sedang melakar lukisan mural pada kertas masing-masing

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan asas kesukarelawanan dan melihat dengan lebih jelas gambaran situasi bencana yang memerlukan khidmat mereka. Latihan siap siaga juga diberikan di mana peserta didedahkan dengan simulasi situasi sebenar menghadapi mangsa banjir daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).

Selain daripada aktiviti ceramah dan perkongsian, program ini juga telah membawa peserta-peserta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti Melukis Mural di SK Sebandi Ulu telah diadakan bagi menceriakan lagi bangunan sekolah tersebut. D isamping itu beberapa aktiviti juga diadakan bersama dengan penduduk kampung Sebandi Ulu seperti aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak sekolah tersebut dan gotong-royong mengecat semula bangunan Balai Raya Kambung Sebandi Ulu.

Aktiviti melukis mural telah diadakan bagi menceriakan lagi bangunan sekolah di SK Sebandi Ulu. 
Mural yang telah siap bagi menceriakan lagi bangunan sekolah di SK Sebandi Ulu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here