Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru Mula Dibina Disember Ini

0
183
Julaihi sewaktu melakukan simbolik Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru

BAU, 01 Disember 2019 (SNN) : Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru yang bernilai RM1 juta akan mula dibina Disember tahun ini. Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru tersebut dilakukan oleh YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak baru-baru ini,

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato Henry Harry Jinep, ADUN N.2 Tasik Biru . Menurut ADUN Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep, jambatan ini bakal menjadi satu tarikan pelancongan di Tasik Biru sekaligus menjadi jambatan yang ikonik di daerah tersebut.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk jambatan ini. Dan hari ini merupakan hari bersejarah kerana majlis pecah tanah telah dirasmikan dan pembinaan akan diteruskan tidak lama lagi,”

“Apabila jambatan ini siap nanti, ia akan menjadi satu tarikan pelancongan di Tasik Biru”. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru dan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Pesta Tasik biru, di sini hari ini. Tambah beliau lagi, jambatan ini juga serupa dengan jambatan pejalan kaki di New Zealand.

“ Kita telah melawat satu jambatan pejalan kaki serupa dengan jambatan yang hendak kita bina.. jadi New Zealand dengan Bau tidak ada jauh perbezaan, kita akan ada persamaannya nanti”.

Justeru beliau berharap agar masyarakat di sekitar Bau akan memanfaatkan serta menjaga peralatan dan kemudahan yang ada dengan baik.

Turut hadir, Datu William Patrick Nyigo, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi; Puan Sherina Residen Bahagian Kuching; Dato Peter Minos dan ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat/kaum serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Julaihi bersama Henry Harry Jinep melakukan pecah tanah menandakan bermulanya pembinaan Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru
Julaihi semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Jambatan Pejalan Kaki Tasik Biru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here