More
    Home Pemandu lori maut akibat serangan jantung ketika memandu

    Pemandu lori maut akibat serangan jantung ketika memandu

    PADAWAN, 25 OGOS 2020 (SNN) : Seorang pekerja sebagai pemandu lori dipercayai maut akibat terkena serangan jantung ketika memandu.

    Mangsa Green Saperk, 47 tahun, meninggal di lokasi kejadian semasa memandu kereta di kawasan Batu 17, Jalan Kuching-Serian sekitar jam 7.50 pagi semalam.

    Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan berkata, kereta mangsa terbabas di bahu jalan namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah disahkan maut oleh Doktor Klinik Kesihatan Siburan, dipercayai akibat serangan jantung.

    Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hosptial Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...