More
    Home 281 warga emas dari DUN Tanjung Datu terima KGC

    281 warga emas dari DUN Tanjung Datu terima KGC

    LUNDU, 25 OGOS 2020 (SNN) : Seramai 281 warga emas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu menerima Kenyalang Gold Card (KGC) hari ini.

    ADUN Tanjung Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, KGC merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu dan menjaga kebajikan golongan warga emas yang mana pemilik kad itu akan mendapat manfaat berupa diskaun di kedai dan premis terpilih seperti yang dinyatakan di laman web Kementerian Kebajikan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

    “Hari ini seramai 281 orang penerima kad itu dan mereka yang memiliki kad tersebut berhak mendapat Bantuan Ihsan Kematian (BIK) bernilai RM3,000 yang akan diserahkan kepada waris bagi membantu proses pengurusan jenazah,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kenyalang Gold Card di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini.

    Jamilah Anu (kanan) menyerahkan kerusi roda kepada penerima.

    Dalam pada itu, beliau turut menyerahkan sumbangan pelitup muka kepada 16 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah dalam kawasan DUN Tanjung Datu selain turut menyerahkan kerusi roda kepada pesakit kencing manis, Munah Jol dan pesakit strok, Lingoh Anyum.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...