Pelajar UNIMAS Disaran Dekatkan Diri Dengan Komuniti Setempat

0
572
Dr Hazland bersama sebahagian pelari antarabangsa dan tempatan yang mengambil bahagian dalam acara Nature Run 1.0 dalam tiga kategori iaitu 21km, 10km dan 5km, pagi ini

KUCHING, 14 April 2019 (SNN) -Pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT), khasnya pelajar  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  disaran  untuk sentiasa mendekatkan diri dengan komuniti setempat serta meningkatkan pelbagai kemahiran diri agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

UNIMAS dalam kenyataannya berkata program “Rawat Alam” ini merupakan salah satu metod pembelajaran berasaskan komuniti dalam Program Doktor Perubatan UNIMAS.”Program ini diolah mengikut garis panduan keperluan amalan pembelajaran yang berimpak tinggi (high-impact educational practices)”.

Seramai lebih kurang 200 orang pelajar dari tiga fakulti UNIMAS antaranya Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dan Fakulti Alam Bina (FAB), 31 buah keluarga angkat, warga kampung Tanjong Bako, warga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Bako dan staf Majlis Perbandaran Padawan terlibat dalam Program Pembersihan Kampung, Projek Kitar Semula dan Lukisan Mural di sekolah, di Kampung Tanjong Bako.

Dalam hal ini, pelajar universiti berpeluang meningkatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, kepimpinan, kerja berkumpulan, pemikiran kritis dan adab bekerjasama dengan pensyarah, rakan sebaya dan pelbagai agensi luar. Melalui proses ini, pelajar akan lebih memahami diri sendiri, empati dan memahami orang lain. 

Kemahiran dan nilai seawal pengajian (pre-klinikal) agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat pada masa akan datang, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh UNIMAS hari ini.

Sementara itu, seramai 540 pelari antarabangsa dan tempatan telah mengambil bahagian dalam acara Nature Run 1.0 dalam tiga kategori iaitu 21km, 10km dan 5km, pagi ini.  Menariknya, bagi kategori 5km ianya bersifat larian plogging iaitu berlari sambil mengutip sampah yang bertujuan dapat meningkatkan tahap kesedaran dan tingkah laku pro-alam (pro-environmental).

Majlis Perasmian Program “Rawat Alam” dan Penyampaian Hadiah Nature Run 1.0 telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut YB Dr Hazland Abang Hipni pagi ini.

Menurut Dr Hazland, “dengan mendaftarkan program ini dalam jaringan organisasi antarabangsa Let’s Do It: https://letdoitworld.org/country/malaysia/ kami yakin program seumpama ini menjadi platform program intervensi pro-alam yang juga boleh mengetengahkan Kampung Tanjong Bako kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Program Pembelajaran Berasaskan Komuniti yang telah bermula sejak bulan Mac 2018 ini telah mendapat dan sejumlah RM20,000 dari pihak ADUN,” jelasnya. 

Pada majlis itu, Dr Hazland turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM14,200 kepada Masjid Darul Ibadah Kampung Tanjong Bako yang merupakan sumbangan daripada beliau dan TYT DiPertua Negeri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. 

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Dato’ Ahmad bin Datuk Sri Ibrahim, Dekan Fakulti Alam Bina UNIMAS Prof Nurakamal Abdullah Goh, Ketua Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam UNIMAS, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Bako Ishak Hj Dahlan, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjong Bako dan Ketua Kaum Tanjong Bako Rajidin Narawi.

Dr Hazland berminat dengan projek kitar semula dan lukisan mural di SK Tanjong Bako di sini, hari ini. Beliau turut sama mengambil bahagian dalam lukisan mural sambil diperhatikan oleh Guru Besar Sekolah SK Tanjong Bako Ishak Hj Dahlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here