Dr. Abdul Rahman sokong cadangan penternakan lembu di Daerah Lawas

0
436
Gambar kenang-kenangan, dari kanan, Nur Hayati, Dr. Mohammed Ismail, Dr. Sanib, Dr. Abdul Rahman, Baijuri, Dr. Quek dan Chana

KUCHING, 15 APRIL 2019 (SNN) – Menteri Muda Pertanian, Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Ismail menyokong cadangan penternakan lembu daging di Daerah Lawas. Beliau berkata demikian di dalam satu perbincangan dengan Datu Dr. Sanib Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di pejabatnya di Kuching petang tadi.

Terdahulu dari itu Sanib Said dan rombongan telah membuat kunjung hormat kepada Dr. Abdul Rahman.  Turut hadir adalah Dr. Mohammed Ismail Abdullah, seorang pakar sains haiwan dan Puan Nur Hayati. Pegawai Jabatan Pertanian yang hadir adalah Dr. Quek, Baijuri dan Chana.

Dr. Abdul Rahman bersama yang hadir sedang berbincang. (Gambar – SNN)

Rancangan pembangunan bagi Daerah Lawas dalam rangka Northern Region Development Authority (NRDA) dijangka akan melimpah kepada perusahaan industri kecil dan sederhana di kalangan penduduk tempatan dan juga orang luar.  Salah satu kegiatan ekonomi yang sesuai di Daerah Lawas adalah penternakan lembu dan kerbau.

Dr. Abdul Rahman berkata kementerian beliau memang telah lama mempunyai program pertanian dan penternakan.  Bagaimanapun usahawan mestilah bersedia dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here