More
    Home Pelajar UNIMAS Anjur Program Bersama 50 Penghuni PUSPEN

    Pelajar UNIMAS Anjur Program Bersama 50 Penghuni PUSPEN

    KUCHING, 09 Mei 2019 (SNN) – Pelajar UNIMAS menganjurkan Program Kenali Personaliti Diri & Kerjaya Serta Impak Self-esteem & Daya Tahan kepada 50 orang penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Sarawak. Tujuan program ini adalah supaya penghuni dapat mengetahui tret personaliti, mengenali dan memilih kerjaya serta menilai tahap self-esteem dan skala resilien.

    Program ini telah dijalankan oleh pelajar Kohot 4 (Sesi Julai 2018/2019) Program Sarjana Sains (Kaunseling) yang diketuai oleh Siti Jauyah binti Janaree bersama dengan lima orang fasilitator yang juga terdiri daripada pelajar Kohot 4 iaitu Nur Alia Hilda binti Daken, Lee Chai Foong, Fadlin binti Junaidi, Ko Geok Sia dan Pui Poh Nyuk. Aktiviti yang dinamakan Program Career Awareness Explore 21st Century Career ini telah diadakan di Klinik Cure and Care (CNC) pada 29 & 30 April 2019 (Isnin & Selasa) dan diselia oleh Dr Fatahyah Yahya selaku Penyelia Akademik. Program ini turut disertai oleh 50 orang penghuni dan dibantu juga oleh kakitangan PUSPEN.

    Sepanjang program ini, sebanyak enam modul aktiviti bimbingan yang digunakan dan satu slot ceramah kerjaya. Antara modul aktiviti bimbingan tersebut adalah Ice Breaking, Ujian Personaliti Sidek (IPS), Ujian Minat Kerjaya RIASEC, Ceramah Kerjaya, Ujian Self-Esteem dan skala Resilien. Hasil daripada modul bimbingan, sesi kaunseling kelompok telah diadakan sebanyak empat sesi dan dibahagikan kepada lima kelompok bagi membincangkan dengan lebih terperinci.  

    Kesemua peserta telah menzahirkan maklumbalas positif terhadap penganjuran aktiviti ini yang berlangsung selama dua hari. Kebanyakan peserta menyatakan bahawa aktiviti telah mendatangkan impak yang amat positif kepada mereka terutama dalam mengenali personaliti diri dan kerjaya serta impak self-esteem dan daya tahan.

    Dalam ucapan Perasmian Penutup Program, Yang Berusaha Timbalan Pengarah PUSPEN, Puan Lily anak Munan menzahirkan perasaan gembira dan mengalu-alukan banyak lagi program seperti ini diadakan di pusat bagi bersama-sama membantu penghuni mengenal personaliti diri, menilai tahap self-esteem & skala resilien serta mendapatkan peluang kerjaya apabila mereka keluar dari pusat ini. Ekplorasi self-esteem dan skala resilien adalah penting didalam menilai siapa diri penghuni dan daya tahan apabila mereka keluar dari pusat ini supaya terus istiqomah untuk berubah dan menjadi insan yang lebih sempurna.

    Salah satu pengisian program iaitu modul aktiviti bimbingan yang digunakan semasa 2 hari berlangsungnya Program Career Awareness Explore 21st Century Career  yang telah diadakan di Klinik Cure and Care (CNC) pada 29 & 30 April 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...