More
    Home Pelajar Tingkatan Empat Lemas di Sungai Kampung Giam, Puncak Borneo

    Pelajar Tingkatan Empat Lemas di Sungai Kampung Giam, Puncak Borneo

    PUNCAK BORNEO, KUCHING, 10 Mac 2019 (SNN)  : Seorang pelajar tingkatan empat  lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo, Siburan, hari ini.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (Bomba), pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 2.50 petang daripada pemanggil yang melaporkan bahawa kawan beliau ( mangsa ) telah lemas semasa mandi di Sungai Kampung Giam, Jalan Puncak Borneo, Siburan.

    Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada kira-kira jam 3.20 petang mendapati mangsa telah pun ditemui tetapi masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jurucakap Bomba turut menjelaskan bahawa  penduduk kampung telah bertindak membantu dengan menyelam ke dalam sungai itu yang dianggar sedalam 10 kaki dan mangsa berjaya ditemukan sebelum pihak bomba sampai di tempat kejadian.  Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan pada jam 4.15 petang.

    Mangsa tersebut dikenali sebagai Mohd Fakhrul Mohd Masino ,berusia 16 tahun dan disahkan meninggal dunia akibat lemas. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...