Abang Johari dan Awang Tengah berkongsi pentas Lan Berambeh di Lawas

0
1033
Abang Johari, Awang Tengah dan Fazarudin

LAWAS, 10 Mac 2019 (SNN) – Hari ini penduduk Lawas menyaksikan YAB Ketua Menteri Sarawak dan YB Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkongsi pentas dalam acara Lan Berambeh Ngan Abang Jo.  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg Ketua Menteri Sarawak telah berambeh ke Lawas tempat YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri beliau.  Seorang dari hujung selatan Sarawak dan seorang dari hujung utara Sarawak.

Awang Tengah sedang memberi ulasan

Salah satu soalan yang mendapat perhatian BorneoPost adalah cadangan dari seorang anak tempatan agar subsidi tiket kapalterbang harus mengambil kira daerah-daerah yang jauh dari Bandaraya Kuching dan Kuala Lumpur.  Memandangkan Sarawak sebesar Semenanjung maka tambang kapalterbang ke Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Marudi dan Bario lebih mahal dari Kuala Lumpur-Kuching.  Contohnya, tambang dari Miri ke Lawas dengan Maswing sebangyak RM98 sedangkan Kuching-Miri boleh dapat RM120 dengan pesawat yang besar dan lebih selamat.  Atau dari Miri ke Limbang dengan Fokker Maswing tambang adalah RM230 sehala.

Hadirin-hadirat penuhi dewan Hotal Malaysia

Abang Johari telah menjawab bahawa beliau akan mengkaji semula perkara berkaitan dan malah kata beliau pelbagai cuti perayaan juga akan diambil kira nanti seperti yang dilaporkan.

Acara Lan Berambeh Ngan Abang Jo merupakan sebahagian dari program Karnival Today For Tomorrow (T4) anjuran Sarawak Volunteers dari 8 Mac hingga 10 Mac 2019 di Lawas.  Antara acara selama tiga hari itu adalah Karnival Jualan,T4T Idol, Pertandingan Bolasepak, e-sports dan Pameran Drone. Sarawak Volunteers ini dipimpin oleh YB Fazarudin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here