Pejalan kaki maut dirempuh kereta dari belakang

0
115
Nelayan mengadu menjumpai mayat terdampar di pantai Sungai Sabut, Rajang

SERIAN, 24 OKTOBER 2020 (SNN) : Seorang warga emas maut dirempuh oleh kenderaan pikap jenis Isuzu Dmax ketika sedang berjalan di bahu jalan di Jalan Baki-Riih Kampung Bantang, semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 12.01 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Ngihem Tuwin, 72 tahun, maut akibat dirempuh sebelum digesel dari arah belakang.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dikejarkan ke Hospital Serian sebelum disahkan meninggal ketika mendapat rawatan di Bahagian Zon Kuning pada jam 3.15 petang.

“Pihak polis telah melawat tempat kejadian serta merakam gambar dan melukis gambar rajah kasar dilakukan untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan mangsa maut digesel

Tambahnya, bagaimanapun pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here