More
    Home Sarawak Serian Bersama bantu kerajaan putuskan penularan Covid-19, ADUN Bukit Semuja.

    Bersama bantu kerajaan putuskan penularan Covid-19, ADUN Bukit Semuja.

    SERIAN, 23 OKTOBER 2020 (SNN) : Masyarakat serta komuniti setempat harus bersama-sama bantu kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 yang kini berada dalam gelombang ke tiga penularan di negara ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, kaedah melaksanakan Program Sepakat@Komuniti dalam pembudayaan norma kehidupan baharu bertujuan membantu pasukan barisan hadapan yang telah bekerja keras dalam memerangi pandemik dengan mendedahkan cara-cara kehidupan yang baharu agar dapat mengekang penularan wabak terbabit.

    “Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif dalam usaha untuk membantu rakyat yang terjejas dengan pandemik melanda negara sejak Mac lalu.

    “Usaha ini sebagai langkah untuk bersama-sama mengajak masyarakat bersikap serius dalam menangani pandemik covid-19 daripada terus menular dalam kawasan komuniti mahupun di negeri ini,” katanya semasa berucap dalam Program Sepakat@Komuniti 2020 di Serian pada Khamis.

    Penduduk turut serta dalam majlis bagi memahami cara norma kehidupan baharu semasa pandemik

    Ujarnya, beliau berharap penduduk di kawasan Bukit Semuja agar terus mengamalkan norma kehidupan baharu serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan wabak covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...