Covid-19 Meningkat, Kerajaan Sarawak Arah Penangguhan Acara Berkuat Kuasa Serta Merta

0
244
Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak

Kuching, 15 Mac 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak mengeluarkan arahan terbaharu dengan mengarahkan sebarang acara atau majlis yang dihadiri 50 peserta harus ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Covid-19.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dalam kenyataan hari ini memaklumkan arahan terbaharu itu berkuat kuasa serta-merta.

“Ini adalah arahan terbaharu dasar kerajaan Sarawak berhubung penularan wabak Covid-19 global,” katanya.

Arahan itu dikeluarkan berikutan jumlah kes positif Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 20 kes dalam tempoh tiga hari

Sebanyak 11 kes baharu Covid-19 positif direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20 sejak kes pertama dikesan Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada 11 kes baharu itu, lapan dilaporkan di Miri manakala Kuching, Bintulu dan Sarikei masing-masing satu kes.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, lapan kes di Miri membabitkan peserta ijtimak tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur, baru-baru ini.“Ketika ini siasatan masih dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri untuk mengenal pasti sumber jangkitan tiga kes di Kuching, Sarikei dan Bintulu, “katanya dalam kenyataan, hari ini.

Uggah berkata, ketika ini satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk mengesan kira-kira 400 penumpang yang menaiki penerbangan ke Sarawak dari Kuala Lumpur melalui empat lapangan terbang utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Sibu, Lapangan Terbang Bintulu dan Lapangan Terbang Miri antara 2 hingga 5 Mac lalu.

Sumber : JPBN, Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here