More
    Home Sarawak Betong Pastikan kelab di kawasan Saribas kekal aktif secara berterusan bukan bermusim- Razi...

    Pastikan kelab di kawasan Saribas kekal aktif secara berterusan bukan bermusim- Razi Sitam

    PUSA, 26 DISEMBER 2020 (SNN) : Semua kelab yang ada di kawasan DUN Saribas diminta agar kekal aktif secara berterusan bukannya pada masa tertentu sahaja bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan dana dalam penganjuran sebarang aktiviti.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam, setiap kelab perlu mencari inisiatif untuk menjaga hubungan dengan pihak luar agar dapat memudahkan mereka mendapatkan dana.

    “Kelab yang aktif dan berjaya akan berupaya dan mudah mendapatkan dana dari sumber luar selain dari pihak kerajaan seperti jaringan dengan syarikat, NGO’s dan sebagainya.

    “Setiap penubuhan kelab di kawasan ini diharap agar dapat menjadi medium untuk melibatkan semua penduduk kampung menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan disamping menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Simbolik Penubuhan Kelab Sukan dan Rekreasi Tuie Baru pada Khamis.

    Dalam majlis yang sama, Razi turut menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM10,000 bagi membaikpulih Dewan Serbagunan Kampung Tuie, RM1,500 dana tambahan untuk pengurusan pertandingan sepak takraw Kampung Tuie dan Rm1,000 untuk Pertandingan Bola Sepak Veteran Kampung Tuie.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...