More

    KABONG, 27 DISEMBER 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir bersama isteri hadir memeriahkan Program Sunathon Khatan Beramai-ramai di Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang pada Sabtu.

    Dalam majlis tersebut, serama 23 kanak-kanak yang terdiri daripada kawasan Kampung Sessang dan sekitarnya mengambil tempat untuk berkhatan beramai-ramai.

    Menurut ADUN Kabong, perkara tersebut sudah menjadi tradisi apabila tibanya hujung tahun atau musim cuti persekolahan dan ianya dapat menggalakkan kanak-kanak turut serta tanpa rasa takut.

    Kos proses berkhatan tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh YB Mohd Chee Kadir untuk 23 orang peserta.

    Turut hadir sama memeriahkan majlis adalah Nur Fazli Abdullah mewakili Timbalan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Malaysia merangkap ADUN Krian Ali Biju, Penghulu Kamaluddin Rambli, Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, Ustaz Mohd Isselahuddin Kameri, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Sessang, Mohd Bakri Mohd Yusup, wakil Hospital Saratok, Masida Mustapha dan Ketua BBP Saratok Nazri Mohamat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...