More
    Home Wacana Intelektual Melayu kupas novel Melayu pertama dunia

    Wacana Intelektual Melayu kupas novel Melayu pertama dunia

    KUCHING, 24 DISEMBER 2020 (SNN) – Wacana Intelektual Melayu Sarawak telah mengupas novel Melayu pertama di dunia pada pagi ini. Majlis ilmu ini adalah anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Persatuan Kesusasteraan Sarawak serta agensi kerajaan dan persatuan sastera. Seramai 20 orang intelektual Melayu Sarawak telah dijemput khas untuk mencapai hajat pihak penganjur.

    Sanib sedang menyampaikan Ucaptama. Sumber: Osman

    Wacana kali ini menampilkan dua orang pembicara daripada jurusan disiplin yang berbeza. Pertama ialah Datuk Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, seorang sejarawan dan juga Pengurus Besar AKYBMS merangkap Pengerusi Persatuan Kesusasteraan Sarawak telah menyampaikan Ucaptama. Sanib mencadangkan agar penduduk Sarawak yang terpecah kepada civilizational and tribal merupakan dichotomi yang boleh dijadikan pendekataan yang lumayan. Hikayat Panglima Nikosa (HPN) adalah karya Ahmad Shawal bin Abdul Hamid yang dicetak pada tahun 1876 di Bukit Persinggahan, Kuching. Karya ini bukti yang mantap bahawa masyarakat Melayu Sarawak adalah masyarakat civilizational berbeza dengan masyarakat bumiputera lain yang bersifat tribal.

    Sanib memaparkan bahawa novel Melayu pertama di Indonesia masih menjadi bahan polemik. Ada yang meletakkan karya Lie Kimhok, Bintang Toedjoeh (1886) dan ada pula yang menuntut novel Sitti Noerbaja (1922). Di Malaysia selain dari HPN terdapat dua buah novel yang bersaing, iaitu novel tulisan Syed Sheikh Al-Hadi, Hikayat Faridah Hanum (1925) dan karya Ahmad Rashid Talu, Iakah Salmah? (1927). Justeru itu Sanib menegaskan bahawa HPN adalah novel Melayu moden yang pertama di dunia dan layak dicalonkan untuk didaftarkan dalam Memory of World di UNESCO.

    Sharifah Sophia sedang membuat pembentangan. Sumber: Osman

    Pembicara kedua ialah Dr. Sharifah Sophia Wan Muhammad, pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial, UNIMAS. Dengan menggunakan pendekatan pasca-kolonialisme, beliau menolak tafsiran John Walker yang menyatakan bahawa HPN adalah bahan propaganda penjajah British, Charles Brooke.

    Dari kanan: Abang Haliman, Abang Heikal dan Abang Seruji. Sumber: Sanib

    Turut hadir dalam wacana ini adalah En. Abang Haliman Abang Julai , Pengarah, DBP Cawang Sarawak; En. Jaafar Hamdan, Pengerusi PEKASA; Dr. Saiee Dris, tokoh sastera Sarawak dan Hj. Rasli Shahran, Yayasan Madani.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...