Operasi Feri Triso- Sebuyau Ditambah Bagi Tampung Kesesakan

0
395
Julaihi bersama Penolong Pegawai Pendidikan Simunjan, Awg Ahmad Awg Sadet, Guru Besar SK St Andrew, Cikgu Iskandar Sejili dan tetamu jemputan yang lain.

SEBUYAU, 18 Mac 2019 ( SNN ) – Menteri Muda Jalan Pesisir Negeri Sarawak, merangkap ADUN N.27 Sebuyau, Yang Berhormat Datuk Hj Julaihi Hj Narawi hadir ke Majlis Perasmian Penangguhan Mesyuarat Tahunan PIBG SK St Andrew di Entangor, Sebuyau.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada guru besar, guru-guru, ibu bapa serta pelajar di SK St Andrew kerana berjaya menempatkan diri sebagai salah sebuah daripada 7  buah sekolah rendah yang lulus seratus peratus ( 100% ) dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2018 untuk DUN Sebuyau. Dengan berbekalkan semangat cekal dan usaha gigih guru besar, para guru serta sokongan penduduk kampung, SK St Andrew telah menempa kejayaan walaupun merupakan sekolah luar bandar yang serba kekurangan dari segi kemudahan sekolah berbanding sekolah yang lain.

Julaihi semasa kedatangannya disambut meriah oleh ibu bapa dan guru SK St. Andrew Entangor

Dalam masa yang sama menurut Julaihi, semua sekolah rendah dalam kawasan Sebuyau termasuk SK St.Andrew ,Entangor telah dapat dihubungi melalui jaringan jalan raya. “Malah kenderaan pun sudah sampai dan parking dalam kawasan sekolah” ujar Julaihi.

Dalam majlis tersebut, Julaihi turut mengumumkan bahawa kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan sebuah lagi feri tambahan di laluan Sebuyau-Triso. Ini bermakna tiga buah feri akan beroperasi bagi mengurangkan kesesakan yang ditampung oleh dua buah feri sedia ada. Diharapkan dengan penambahan ini dapat mengurangkan  masa menunggu terutama sekali pada musim perayaan dan hujung minggu selain keperluan untuk menyeberang Sungai Batang Lupar di laluan Sebuyau/Triso di laluan Jalan Pesisir Sarawak. Sehubungan itu beliau berkata kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa peka dengan keperluan rakyat.

Dalam majlis tersebut Julaihi turut mengumumkan geran (MRP) sebanyak RM10,000 untuk PIBG SK St Andrew bagi menganjurkan pelbagai aktiviti sekolah. Manakala Program  “ News in Education” (NIE ) untuk  semua 19 sekolah rendah termasuk SK St Andrew Entangor bagi  DUN Sebuyau yang melibatkan pembekalan surat khabar berbahasa Inggeris setiap hari akan  diteruskan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Pendidikan Simunjan, Awg Ahmad Awg Sadet; Guru Besar SK St Andrew, Cikgu Iskandar Sejili; Pengerusi PIBG, En David Ascie ak Entahil; Penghulu Merum ak Babu dan beberapa jemputan yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here