More
    Home Sarawak Limbang Nelayan dinasihat daftar keahlian LKIM dan Jabatan Pertanian bagi memudahkan bantuan disalurkan

    Nelayan dinasihat daftar keahlian LKIM dan Jabatan Pertanian bagi memudahkan bantuan disalurkan

    LAWAS, 29 OKTOBER 2020 (SNN) : Golongan nelayan dan petani di Sarawak terus dibantu dengan menyediakan subsidi peralatan bagi meringankan beban mereka.

    Timbalan Ketua menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sumbangan berbentuk enjin sangkut disalurkan kepada para nelayan menerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

    “Bagi memudahkan proses menyalurkan bantuan saya menasihati agar mereka mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Nelayan Sungai di Jabatan Pertanian Bahagian Limbang.

    “Usaha ini dilakukan agar dapat meringankan beban para nelayan disamping membantu meningkatkan hasil tangkapan dengan memiliki peralatan yang serba canggih dan baharu,” katanya dalam Majlis Penyerahan Enjin Sangkut dan Perasmian Dewan kampung Limpaku Pinang, Limbang, baru-baru ini.

    Projek bina semula masjid baharu menggantikan masjid sedia ada akan dilaksanakan dalam masa terdekat

    Dalam pada itu, beliau turut memberitahu permohonan pembinaan Masjid Baru bagi Kampung Limpaku Pinang sudahpun diluluskan Ketua Menteri malahan projek pembinaan jeti konkrit bagi menggantikan jeti kayu akan dimasukkan dalam senarai bajet pembinaan jalan kampung di bawah NRDA.

    Ujar beliau lagi, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan RM1 juta bagi membaik pulih serta meningkatkan lagi bekalan air Kampung Limpaku Pinang menggunakan sistem yang ada.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...