More
    Home Lain-lain Bengkel kepolisan komuniti tingkatkan peranan JKKK

    Bengkel kepolisan komuniti tingkatkan peranan JKKK

    SEBUYAU, 30 OKTOBER 2020 (sNN) : Peranan Jatawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan kampung terjamin.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, dengan adanya bengkel Kepolisan Komuniti peranan JKKK akan lebih ekfektif seterusnya dapat menyumbang kepada komuniti dan masyarakat setempat.

    “Bengkel ini sekaligus berkait dengan pengurusan bencana yang menekankan pendekatan keupayaan masyarakat di peringkat komuniti terhadap risiko dan ancaman bencana.

    “Dengan harapan ilmu yang diperoleh dari bengkel ini dapat dikongsikan kepada masyarakat supaya mereka tidak lagi takut untuk memberi maklumat mengenai sebarang kejadian jenayah kepada agensi yang bertanggungjawab,” katanya ketika hadir dalam Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Community Policing Peringkat JKKK Daerah Kecil Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Rabu.

    Penyerahan baucar kepada wakil 20 sekolah di DUN Sebuyau

    Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Baucar Pakaian Seragam kepada 20 buah sekolah di kawasan DUN Sebuyau dengan jumlah RM61,000 yang disumbang oleh Yayasan Sarawak.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...