More
    Home Naiktaraf sistem peparitan elak masalah banjir kilat berulang lagi di Batu Kawa-...

    Naiktaraf sistem peparitan elak masalah banjir kilat berulang lagi di Batu Kawa- Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

    KUCHING, 02 FEBRUARI 2021 (SNN) : Sistem peparitan dan tebatan banjirnyang sedia ada di kawasan Batu Kawa perlu dinaiktaraf bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku apabila hujan lebat secara berterusan.

    Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, projek yang akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak dengan kos projek bernilai RM120 juta itu disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

    “Projek naiktaraf itu nanti akan merangkumi beberapa kawasan termasuklah di Jalan Batu Kawa Lorong 1C dan 3, Sungai Moyan, Sungai Surih, Jalan Field Force, Jalan Ketitir, Desa Wira dan kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR).

    “Penambahbaikan sistem peparitan dan tebatan banjir itu juga nanti turut medangkumi pemulihan tebingan sungai di Kampung Sinar Budi Baru bagi memastikan limpahan air sungai tidak berlaku,” katanya selepas meninjau lokasi projek di Jalan Field Force pada Sabtu.

    Ujar beliau, beliau menjamin bahawa pihak JPS Sarawak akan memastikan pelaksanaan projek berkenaan setelah siap kelak akan mengatasi isu peparitan di kawasan Batu Kawa yang sering berlaku banjir kilat walaupun berlaku hujan lebat dalam tempoh yang tidak lama.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...