More
    Home Pelajar SMK Sematan jalani ujian saringan melalui pengesanan kes aktif Covid-19

    Pelajar SMK Sematan jalani ujian saringan melalui pengesanan kes aktif Covid-19

    SEMATAN, 03 FEBRUARI 2021 (SNN) : Pejabat Kesihatan Daerah Lundu melancarkan program Pengesanan Kes Aktif (ACD) dengan menyasarkan kawasan sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan pada Selasa.

    Program berkenaan dilancarkan susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Daerah Lundu sehingga setakat semalam Lundu telah bertukar ke status zon jingga dengan jumlah 25 kes dilaporkan dalam masa 14 hari.

    Petugas Pejabat Kesihatan Daerah Lundu menyasarkan seramai 300 orang untuk diambil sampel ujian saringan Covid-19 yang melibatkan pelajar asrama SMK Sematan berkenaan bagi membantu mengesan sekiranya terdapat kes positif di dalam daerah Lundu dan daerah kecil Sematan.

    Jelasnya, penyasaran keatas pelajar asrama sekolah berkenaan dilakukan adalah disebabkan terdapat kes pelajar yang positif Covid-19 dan dikhuatiri akan menjangkiti pelajar yang lain dalam kawasan sekolah berkenaan.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...