More
    Home Warga emas meninggal dunia selepas tergelincir di tepi jalan Bukit Mata, Kuching

    Warga emas meninggal dunia selepas tergelincir di tepi jalan Bukit Mata, Kuching

    KUCHING, 02 FEBRUARI 2021 (SNN) : Seorang lelaki warga emas ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di laluan pejalan kaki di Jalan Bukit Mata, Kuching bersebelahan dengan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa dipercayai tergelincir di laluan pejalan kaki lalu tidak sedarkan diri sebelum orang awam bertindak membantu mangsa dan melaporkan kepada pihak polis pada jam 11 pagi.

    “Mangsa yang berumur 78 tahun itu disahkan meninggal dunia dilokasi berkenaan selepas diperiksa oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

    “Pemeriksaan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan mayat mangsa sudahpun diselimuti dengan kain putih oleh pihak petugas kesihatan yang tiba disitu selepas memeriksa mangsa sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,”katanya dalam satu kenyataan.

    Ujarnya, mayat mangsa bagaimanapun telah diserahkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).

    mangsa dibantu oleh orang awam yang berada disitu sebelum menghubungi ambulans

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...