Mustajab dan Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa dan Menjelang Sahur

0
1112
Umat Islam juga disunatkan mengambil manisan atau kurma semasa berbuka puasa

Kuching, 05 Mei 2019 (SNN)- Dahsyatnya doa sebelum berbuka puasa kerana waktu tersebut adalah salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT. Waktu itu adalah berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, dan  boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika berbuka puasa adalah :

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal. 
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Doa mendapat keluarga yang mendirikan solat.
30. Doa mohon diterima puasa Ramadhan

Semoga kita beristiqamah beramal soleh di bulan yang mulia ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here