More
    Home Sarawak Betong 1000 Jemaah Meriahkan Ambang Ramadhan di Spaoh

    1000 Jemaah Meriahkan Ambang Ramadhan di Spaoh

    SPAOH, 05 Mei 2019 (SNN)- 1000 jemaah hadir meriahkan ambang Ramadhan anjuran Lembaga Amanah Khairat Islam Spaoh (LAKIS) melalui penganjuran Spaoh Berselawat bersempena Jelajah LAKIS 2019 yang berlangsung di Masjid Darul Syifa, baru-baru ini.

    Menurut pengerusinya Dr. Abang Ismail Abang Julhi memberitahu, sambutan terhadap program yang disusun atur amat mengagumkan ditambah dengan kehadiran kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani.“Satu aktiviti berbentuk tarbiah Ramadan yang amat baik dalam usaha dakwah mengajak saudara seislam menginsafi diri. Ia sekaligus mendekatkan diri kita sendiri dengan Allah SWT,” katanya pada majlis tersebut.

    Jelasnya, usaha tersebut juga sebagai langkah mengimbangi aktiviti sosial dengan keagamaan melalui program berselawat dan nasyid. Pada majlis yang sama, Ismail turut berkesempatan menyampaikan sumbangan LAKIS kepada 100 asnaf dan warga emas berupa barangan keperluan asas.

    Beliau mengharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban seterusnya menghadirkan kegembiraan dalam kalangan penerima menjelang Ramadan. Program yang bermula sekitar 6:30 petang itu dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah. Sejurus itu diadakan tazkirah ambang Ramadan oleh Penasihat Akademi Baiki Diri (ABADI) Kuching Ustaz Azmi Saari sehingga Isyak.

    Selepas solat Isyak, jemaah diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Imam Masjid Darul Syifa Ibrahim Madeli sebelum diteruskan dengan program berselawat yang dipimpin Rabbani dan Hawari.

    Sebahagian daripada penonton yang datang memeriahkan sambutan ambang Ramadhan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RM405 juta diperuntukan untuk meneruskan BKSS 5.0 bermula Januari hingga Jun...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Sebanyak RM405 juta peruntukan keseluruhan diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi meneruskan...