More
    Home Sarawak Bintulu Mayat tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Kemena, Bintulu.

    Mayat tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Kemena, Bintulu.

    BINTULU, 31 OKTOBER 2020 (sNN) : Orang awam menjumpai mayat yang sudah reput terapung di tepi Sungai Kemena, Bintulu pada Jumaat lalu.

    Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, penemuan mayat terbabit pada jam 2.30 oleh orang awam yang lalu dikawasan itu sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

    “Sejurus menerima laporan itu, sepasukan anggota polis dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati seorang mayat tanpa identiti dengan memakai pakaian kemeja putih terapung di tepi sungai berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

    Mayat tanpa identiti ditemui mulai membusuk

    Siasatan awal juga mendapati tiada tanda kecederaan terhadap badan mayat malah suntikan BCG tidak dapat dikesan ekoran tubuh mayat mulai mengelupas dan mengembang.

    Sehubungan itu, pihak polis meminta penduduk sekitar yang ada kehilangan ahli keluarga tampil untuk membuat laporan atau menghubungi Balai Polis Bintulu bagi membantu siasatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...