More
    Home Sarawak Mukah Kerajaan fokus tingkatkan kualiti pendidikan masyarakat luar bandar

    Kerajaan fokus tingkatkan kualiti pendidikan masyarakat luar bandar

    DARO, 31 OKTOBER 2020 (SNN) : Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha dalam meningkatkan tahap pendidikan masyarakat luar bandar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Shafiee Ahmad berkata, fokus terhadap pendidikan dilaksanakan melalui pelbagai program seperti program literasi,program berbentuk motivasi dan juga kursus berkaitan keusahawanan.

    “Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan usaha murni disamping memberi peluang kepada masyarakat terutama warga tua untuk belajar membaca, menulis dan mengira disamping mendedahkan ilmu perniagaan kepada mereka.

    “Usaha ini bukan untuk mengaibkan mereka sebagai buta huruf tetapi untuk membantu meningkatkan kualiti hidup mereka seiring dengan aur permodenan teknologi,” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Kursus Kecemerlangan PLFV 2.0 Dan Leads Parlimen Igan anjuran Jabatan Kemas Daerah Daro pada Jumaat.

    Penyampaian sijil peneyrtaan kepada warga yang terlibat sama dalam program

    Ujarnya, beliau harap program seperti ini akan diteruskan terutama diperingkat kampung supayan lebih banyak masyarakat yang mendapat manfaat daripada program itu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...