Masyarakat Cina pembayar cukai utama negara, mitos atau fakta?

0
38

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Masyarakat sering mendengar berkenaan masayrakat Cina penyumbang cukai terbesar di negara ini namun adakah ianya satu fakta atau cuma mitos berikutan masyarakat itu banyak membuka perniagaan.

Menurut laporan bertulis Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN) menjelaskan pembayaran cukai dan pengadilan mengikut bangsa di Malaysia pada tahun 2015-2018 menyatakan masyarakat Melayu penyumbang dan pembayar terbanyak cukai Malaysia dengan peratusan 63 peratus atau RM97.8 juta.

Diikuti masyarakat Cina dengan jumlah pembayaran terkumpul sebanyak 13 peratus atau RM33 juta dan masayarakat Tamil 1.8 peratus atau RM2-3 juta. Statistik ini menunjukkan orang Melayu terutama peniaga Melayu paling ramai membayar cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh, Perbananan Nasional Berhad (PNB) iaitu syarikat Bumiputera tanpa penglibatan kaum Cina dan India yang membayar cukai di Malaysia dengan permulaan modal sebanyak RM250 juta dan kini jumlah aset syarikat itu mencecah RM279 bilion.

Namun LHDN dalam kenyataan itu menjelaskan, laporan berkenaan adalah diklasifikasikan mengikut pembayaran cukai melalui syarikat atau perniagaan dan bukan berdasarkan pembayar individu mengikut kaum.

Penjelasan ini dibuat atas dasar salah faham tentang laporan berkenaan yang dianggap pembayar cukai mengikut kaum secara individu akan tetapi sebenarnya statistik berkenaan dinilai melalui syarikat-syarikat yang membayar cukai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here