Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu Bakal Berwajah Baru

0
969
Majlis Ceramah Nisfu Syaaban Kampung Sileng Melayu anjuran Pusat Khidmat N.3 Tanjong Datu dan Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu bertempat di Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu, Lundu

Lundu, 17 April 2019 (SNN)- Masjid Darul Iman, Kampung Sileng Melayu bakal berwajah baru apabila ia akan dinaiktaraf tidak lama lagi. “Peruntukan sebanyak RM250 ribu telah dilulus dan disediakan bagi projek baikpulih Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, YB Datin Patinggi Datuk Hajah Jamilah Haji Anu berkata peruntukan untuk baikpulih Masjid Darul Iman telah diluluskan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Ceramah Nisfu Syaaban Kampung Sileng Melayu anjuran Pusat Khidmat N.3 Tanjong Datu dan Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu di Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu, malam tadi.

“Cabutan undi bagi pemilihan kontraktor akan diadakan pada 28 April 2019 ini,” katanya lagi menambah dalam ucapannya. Pada majlis itu, ceramah telah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Abd Razak Mustafa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu.

Dalam pada itu, Hajah Jamilah meminta penduduk menjaga kebersihan masjid ini sebagai cerminan cara hidup Islam dan kehadiran orang luar yang bersembahyang di sini. “Saya menyeru penduduk menjaga kebersihan masjid ini. Ini kerana masjid ini menjadi tumpuan orang luar yang datang ke Lundu untuk solat dan cermin kepada kehidupan Islam yang sebenar yang mengamalkan kebersihan,” tambahnya. 

Hadir sama pada majlis ini ialah Pemanca Hj Ibrahim Suni, Penghulu Hj Mahyan Hj Suaidi dan ketua-ketua masyarakat.

Hajah Jamilah bersama sebahagian penduduk Kampung Sileng Melayu semasa Majlis Ceramah Nisfu Syaaban Kampung Sileng Melayu anjuran Pusat Khidmat N.3 Tanjong Datu dan Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu di Masjid Darul Iman Kampung Sileng Melayu, malam tadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here