More
    Home Mangsa kemalangan MV Geos ditemui

    Mangsa kemalangan MV Geos ditemui

    MIRI, 19 April (SNN) – Operasi Mencari dan Menyelamat (M&M) krew-krew kapal MV Geos yang terbakar pada 18 April oleh pasukan penyelamat akhirnya menemui mangsa yang hilang, Mohamad Saiful Ashnar, 31.

    Menurut Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Miri, Kapten Md Fauzi Othman, pasukan beliau bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri berjaya menemui krew kapal Mohamad Saiful Ashnar, 31 pada jam 1.45 petang. Mangsa ditemui dengan kesan melecur pada badan dalam sebuah bilik berdekatan dengan enjin kapal.

    “Beliau berkemungkinan terperangkan dalam bilik berkenaan, ditemui oleh empat orang pasukan penyelamat.” ujar beliau. Krew kapal berkenaan dimaklumkan tiada bersama krew-krew lain setelah kapten kapal MV Geos melakukan kiraan anak-anak kapal semasa prosedur keselamatan diaktifkan.

    Ahli keluarga mangsa turut berada di kawasan kejadian bagi mengenal pasti mayat mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan.

    Kapal pencarian dan pengerudian minyak MV Geos milik Petronas, semasa kejadian bersama-sama 39 anak kapal, terbakar di perairan Baram pada 3.15 pagi, 18 April. Tindakan pantas prosedur keselamatan berhasil menyelamatkan 38 daripada 39 orang anak kapal.

    Operasi mencari tersebut dianggotai oleh empat orang pakar ancaman kemalangan minyak dan gas membantu pasukan M&M di kapal yang terbakar dengan jarak 5 batu nautika dari Tanjong Baram. Operasi berkenaan melibatkan beberapa buah kapa iaitu KM Siakap, Pengalang 23 daripada MCG, Neo Pe3tro 18, MP Perdana Frontier dan MP Nautical Aleesya daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...